Wednesday, October 31, 2012
Friday, October 26, 2012
Thursday, October 18, 2012
Doa Senjata Mukmin ;)
::~ DOA SEBELUM BELAJAR
Allahummaftah ‘alaina hikmataka wansyur ‘alainaa min khozaa,ini rohmatika yaa arhamarraahimiin..
Ertinya: Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Robbisyrohlii sodrii wa yassirlii amrii wahlul ‘uqdatammillisaani yafqohuu qaulii.
Ertinya: Ya Allah, Lapangkanlah dadaku, permudahkan bagiku urusanku dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku.
Allahummarzuqnii fahmannabiyyiin wa hifzal mursaliin wa ilhaamal malaa,ikatil muqorrobiin. Yaa Fattaahu yaa ‘Aliim,, iftah qolbii futuuhal ‘aarifiin.
Ertinya: Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kefahaman para nabi, hafalan para rasul dan ilham para malaikat yang hampir (denganMu). Ya Allah yang Maha pembuka dan Maha Tahu, bukalah hatiku seperti orang-orang yang arif..
::~DOA SELEPAS BELAJAR/ TERLUPA NOTA YANG DIBACA
Allahumma innii astaudi`uka maa `allamtaniih, fardudhu ilayya `inda haajatii ilaihi wa laa tunsiniihi ya Rabbal `aalamiin..
Ertinya: Ya Allah aku pertaruhkan kepadaMu apa yang Engkau tahu tentang sesuatu berkenaan dengan diriku. Kembalikanlah ia kepadaku sesuai dengan hajatku kepadanya, dan jangan Engkau melupai sesuatu tentang sesuatu tentang diriku, wahai Tuhan yang Memiliki sekalian alam.
بسم الله الرحمن الرحيم
اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ
رَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Allahummaftah ‘alaina hikmataka wansyur ‘alainaa min khozaa,ini rohmatika yaa arhamarraahimiin..
Ertinya: Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ
عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Robbisyrohlii sodrii wa yassirlii amrii wahlul ‘uqdatammillisaani yafqohuu qaulii.
Ertinya: Ya Allah, Lapangkanlah dadaku, permudahkan bagiku urusanku dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku.
اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ
وَإِلْهَامَ الْمَلَائِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. يَا فَتَّاحُ يَا عَلِيمُ، اِفْتَحْ قَلْبِي
فُتُوحَ الْعَارِفِيْنَ
Allahummarzuqnii fahmannabiyyiin wa hifzal mursaliin wa ilhaamal malaa,ikatil muqorrobiin. Yaa Fattaahu yaa ‘Aliim,, iftah qolbii futuuhal ‘aarifiin.
Ertinya: Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kefahaman para nabi, hafalan para rasul dan ilham para malaikat yang hampir (denganMu). Ya Allah yang Maha pembuka dan Maha Tahu, bukalah hatiku seperti orang-orang yang arif..
::~DOA SELEPAS BELAJAR/ TERLUPA NOTA YANG DIBACA
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا عَلَّمْتَنِيهِ
فَارْدُدْهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِي إِلَيهِ وَلَا تُنْسِنِيْهِ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ
Allahumma innii astaudi`uka maa `allamtaniih, fardudhu ilayya `inda haajatii ilaihi wa laa tunsiniihi ya Rabbal `aalamiin..
Ertinya: Ya Allah aku pertaruhkan kepadaMu apa yang Engkau tahu tentang sesuatu berkenaan dengan diriku. Kembalikanlah ia kepadaku sesuai dengan hajatku kepadanya, dan jangan Engkau melupai sesuatu tentang sesuatu tentang diriku, wahai Tuhan yang Memiliki sekalian alam.
::~ DOA SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN
(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu
Chill lar
Ever wondered how your nervous system looks like?
"ooo...macam ni...saraf tunjang kita.. boleh tak tunjuk, sy masih tak nampak neuron tu panjang macam mana???"
post multiple so tough so hard but not yet completed examsss
(-.-)
Wednesday, October 10, 2012
Sabar dan Taqwa
"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya."
(surah Qaf : ayat 16)
Timang Tinggi2
Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan.
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.
Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).
Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.
Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.
Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
PENCEGAHAN
Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
Jangan memegang bayi anda ketika marah.
Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.
RUJUKAN
www.medicinenet.com/shaken_baby_syndrome/page2.htm
www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000004.htm
www.dontshake.org
en.wikipedia.org/wiki/Shaken_baby_syndrome
dipetik drpd : Dr.Muna
UMMUSAIF.COM
Tuesday, October 9, 2012
Bertinggung lebih baik
menarik!
marilah ikut sunnah Rasulullah s.a.w, mencangkung =)
diajar oleh: bucuk2
Wednesday, October 3, 2012
Ilmu
Imam Ibnu Qayyim rahimahullah berkata,
Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.
Waktu pagi = waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mau tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barakah (banyak kebaikan).”
[Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah]
"Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya."
[Miftah Daris Sa'adah, 2/216]
Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.
Waktu pagi = waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mau tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barakah (banyak kebaikan).”
[Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah]
insyaALLAH berazam mulakan HARI dengan puji-pujian syukur kepada ALLAH :)
Tuesday, October 2, 2012
Monday, October 1, 2012
Du'a

"Ya ALLAH,
sinarilah hatiku dengan cahaya hidayahMu
seperti Engkau menerangi bumi dan langit
dengan rahmatMu
ya ALLAH Yang Maha Kasih Sayang,"
a m i n
Subscribe to:
Posts (Atom)

