Pages

Wednesday, December 29, 2010

hope for the best


There isn't much i haven't shared
With you along the road

And through it all there'd always be
little confusion, misunderstanding and hoping

But one thing i'm surely be true
What is done has been done for the best
at least through the mist in my eyes might suggest

Just a little confusion about what I'll lose

But if I started over I know I would choose
The same joy the same sadness each step of the way
That fought me and taught me
that friends never say

Never say goodbye

Tuesday, December 28, 2010

what day is today



sometimes just feel like this



kosong

dengan jiwa DUNIA

T-T


Free Umbrellas in the rain Vector

need a shelter

3,2,1
0

Saturday, December 25, 2010

Bismillah...



Hari ini 25 December. Christmast? Tak nampak suasana pun... melainkan kedai-kedai dan Dundrum Shopping Centre pun TUTUP. Salji masih memutih di luar. Yang tempoh hari masih belum mencair. Suhu terkini masih negatif.

Sekejap sahaja beberapa hari sudah berlalu. Studi sy no progress.

Hal ini dan hal itu tiba-tiba hari-hari sy berlalu begitu sahaja.

Things don't go as planned

Entah, hari ini tidak menarik. Rasa...

demotivated. downcast. cheerless.


Me in the snow Crying
can't write anymore....


down,down,down go away

Tuesday, December 21, 2010

ada 'Ulat' dalam darah


How can I recognise the symptoms of Meningitis and Septicaemia?

In most cases someone with Meningitis or Septicaemia will become seriously ill rapidly. The signs and symptoms are listed below. Trust your instincts ^^. Seek medical help immediately if you are concerned. Not all the symptoms may show at once.


  • Meningitis
    Rash (develops anywhere on body) - not present in all cases
    Fever/vomiting
    Drowsiness/Impaired consciousness
    Severe headache
    Stiff neck (not often present in young children)
    Dislike of bright lights (not often present in young children)

  • Septicaemia
    Rash (develops anywhere on body)
    Fever/Vomiting
    Cold hands and feet
    Rapid breathing
    Stomach/joint/muscle pain (sometimes with diarrhoea)
    Drowsiness/impaired consciousness (not in all cases)

Kamus:

diarrhoea - cirit birit
septicaemia - blood poisoning (disebabkan kehadiran patogen ~bakteria/virus/etc dalam darah @ toksin daripada patogen-patogen terlibat)


Ada apa lagi selain 'mereka-mereka' yang berbahaya itu di dalam darah kita?

Jangan lupa. Ada benda yang tak dapat dikaji oleh pakar-pakar saintis kita. Hatta guna Mikroskop Elektron pun takkan berjaya. iaitu makhluk ciptaan ALLAH yang lagi satu. Selalu menjadi sebut-sebutan kita. 'syim ya tho alif nun'!


عن صفية : قال النبي e : إِنَّ الشَّيْطَانَ لَيَجْرِيْ مِنِ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ فَضَيِّقُوْا مَجَارِيَهُ بِالجُوْعِ - رواه البخاري ومسلم



Maksudnya : Sesungguhnya syaitan itu berjalan dari anak Adam pada tempat jalan darahnya maka sempitkanlah tempat jalannya dengan lapar


Riwayat al Bukhari & Muslim



Sy terfikir berpuasa adalah salah satu caranya. Jika jasad berpuasa, setidak-tidaknya kita menahan dan melatih nafsu fizikal kita agar berSABAR. Tidak makan, tidak minum dalam tempohnya. Tapi, sebaik-baik puasa adalah puasa kedua jasad dan rohaniyah. Jasad berpuasa, Ruh kita berpuasa hendaknya. Menahan diri dan mengawal diri daripada sifat-sifat mazmumah. Benar bukan, ia bukanlah sesuatu yang mudah. Sebab itu kita disunatkan berpuasa. Tika itu syaitan akan lemah, maka lebih mudah untuk mendidik nafsu yang dikandung badan ini


Sy dah lama tak berpuasa. Huhu T T




saja post
nota hari ini dr UCD

Monday, December 20, 2010

Exam dan Salji


Hari ini telah berlalu. Exam GIT/Hepatobiliary Diseases sebenarnya amat dirunsingkan, tapi kesedihan dan kedukaan selepas tidak dapat menjawab dengan baik (seperti biasa) hilang dengan hiburan salji yang diturunkan Allah dengan 'sweet' sekali... Serta merta terasa Maha baiknya Tuhan memberikan nikmat untuk kami merasa keluar dewan exam dengan snow keputihan-putihan jatuh di luar. Sweet!

Lupa segala kesusahan menjawab exam.

Ya, ini kali kedua salji terus menerus turun di bumi Dublin. Dan kami gembira! walaupun tidak pada awalnya (sebelum pergi exam, kerana salji turun bermakna jalan licin - susah nak jalan, tak boleh nak baca notes sepanjang perjalanan kaki ke dewan RDS yang jauh dari jalan besar.) Terbukti benar, hari ni kasut clank sy tidak berjaya menapak dengan betul. Terpaksa berjalan sambil memaut lengan orang sebelah. Tak terkira jumlah tergelincir sepanjang ke dewan exam tadi.

Tapi macam biasa, salji pada hari pertama memang sangat best! ^^ salji yang lembut, sopan, cantik dan suci lagi menyucikan! Memang sejuk! sebenarnya suhu siang tadi sangat sejuk. Terpaksa menggigil-gigil sambil membaca nota-nota terakhir di dalam dewan RDS. Tapi alhamdulillah, menariknya suhu ketika kami keluar dari dewan exam tadi seperti tidak berapa sejuk. Dan snow sedang turun dengan lemah lembutnya... Cantik sangat, Tuhan!

Dan perjalanan pulang malam ini sangatlah menarik. Selepas menunaikan fardhu maghrib, perjalanan berpaut lengan pun bermula. Terasa sangaaaaaaaaat lama nak menuju ke jalan besar. Jalan sangat jamp, kereta sangat perlahan bergerak. Sy juga sangat licin bergerak. Boleh kata sepanjang jalan adalah ibarat bermain ski (tak payah pergi tempat ski yang berbayar tu). Mujur orang sebelah punya tapak kasut yang teguh. Serius hari ini entah kenapa kaki ini tak lekat ke bumi! Kawalan diri sangat-sangat penting supaya sy tak tergelincir ke tengah jalan (dari kawasan pejalan kaki) dan melanggar kereta! Hehee

Nak dikisahkan pula, perjalanan dalam bas sangatlah lama. Macam naik kura-kura. Disebabkan jalan jamp. Dan akhirnya sampai di kawasan Stillorgan di mana kami selalu menukar bas 75, maka barulah kami memahami keadaan di luar. Jalan raya sangat licin! Permukaannya sudah bertukar menjadi medan ais lapang. Kereta-kereta semua bergerak perlahan seolah mengikuti kelas tarian Balley. Hee (perasaan pemerhati). Paling kesian dan lucu tengok gelagat kereta-kereta yang tak boleh dikawal, jalan macam ketam. Tahu macam mana? Nak jalan ke depan tapi tertolak ke tepi. Ada tayar speed macam nak lumba tapi bergerak 1cm je. Begitu berusaha kereta-kereta itu berdisiplin dengan penuh gaya. Rasa kasihan pun ada, rasa nak gelak terhibur pun ada. Oh, mujur bukan sy pemandu. (-.-')

So, perjalanan hari ni, disebabkan 2bas sudah lalu dengan mesej 'Out of Services' maka kami beriktikad untuk menapak pulang. Tiba-tiba ada taxi lalu, maka memikirkan sejuk sangat dan jauh... kami tahan taxi. Tapi tak jauh perjalanan, hampir 15minit dalam taxi yang tak bergerak, kami turun semula taxi. Pemandu dia sendiri tak yakin dapat membawa kami ke rumah, kerana jalan mendaki bukit di hadapan sangat berais, dan banyak kenderaan terpaksa berkorban separuh mati untuk melepasi daerah itu. So, dengan syiling-syiling yang ada kami bayar pakcik tu 5euro walaupun tambang tertera adalah hampir 9euro. (nak buat macam mana, ingatkan nak ambil duit dekat rumah nanti untuk bayar). Tapi, pakcik tu sendiri rela. hehe.

So, bersambunglah perjalanan pulang kami menapak merentas salji tebal lebih paras buku lali. Macam-macam adegan berlaku. Sempat sy tergolek dengan nyatanya ketika cuba melintasi kawasan bersalji yang TELAH dibersihkan oleh sekumpulan ahli keluarga Irish. Nasib baik sempat pegang batang pengaut yang disandarkan kat tepi tong sampah tu. Nasib baik juga tak berlaku apa2 dengan pengaut bermata tajam tu. Ok, memang sangat sakit, time tu. Tapi pengalaman...hhee. tetap best!

So teruskan berusaha pulang, sambil berfikir-fikir ayat apa nak sebut untuk minta kereta tumpangkan. Hahaa. Masing-masing tak reti dan tak nak cakap. Tengok-tengok kereta pun tak rasa ada yang sudi menumpangkan. Lagi tengok kita macam menakutkan ada lah kut. Hehee. tak pelah. Tiba-tiba bas 75 datang! Huh, tengok kiri dan tengok kanan. Tiada bus stop terdekat! Ikutkan kat sini, bas takkan berhenti melainkan di bus stop sahaja. Tapi, kami sangat yakin pakcik bas sangat baik hati. Kami tahan jugak dan bas berhenti! Yeay, dah boleh sampai depan rumah...

Itulah ceritanya. Lebih panjang sy menaip ini daripada jawapan soalan peperiksaan tadi. Huhu. Tadi selepas je hantar kertas jawapan dan menjadi orang terakhir dikutip kertas di dalam dewan di antara beribu... Tinggi sungguh azam sy untuk belajar yang terbaik untuk next paper. Last paper! Respiratory chaiyoks2x! Tolonglah sy, Tuhan...


sy cerita di sini
untuk kamu

Sunday, December 19, 2010

GIT chaiyoks!


Baiklah!

Hari ini studi GIT/Hepatobiliary Diseases yea

chaiyok2x... jangan hilang masa. OK future doc.. please (^^)


Bismillahirrahmanirrahim





icterus (jaundice) = Icterus Icterus (nama burung ni)


check kamus, icterus = yellow coloration of skin and mucus membranes of jaundice.


dengan namaMu ya Allah
sudilah membantuku

Saturday, December 18, 2010

medikku



"He who knows syphillis knows ALL about medicine"

Pernah dengar tak? Ada dalam lecture notes K.Meng Chan

Hurm...berfikir. berfikir

Sy terpaksa memilih untuk menjawab Sypillis untuk Endocrine hari tu

dan TERBUKTI i know very little about syphillis


so, konklusi



i Know little about Medicine


sedih tak
huhhh
 

Hari-Hari Medika ini ditulis semata-mata insyaALLAH untuk manfaat bersama Dicontengconteng oleh MazunaChan © 2010