Pages

Wednesday, March 30, 2011

Tunjukkanlah kami Jalan Yang Lurus...


Untuk berusaha pergi ke sebuah lecture, dalam suasana hujan, dengan kebasahan, mempertaruh nyawa di tengah jalan, dan menemui hasilnya iaitu lecture dibatalkan adalah suatu nikmat... jika aku pandai berfikir.

Sedangkan pesakit di wad, hanya jatuh motor sendiri, jatuh sebab anjing, jatuh berlanggar motor lain.. patah tangan, kaki, retak muka, hilang deria bau, patah tulang rangka, sampai tertusuk tulang bahu.... tak tahulah.. tak terfikir boleh seteruk demikian rupa.. Bersyukurlah, masih selamat walaupun terpaksa meredah hujan.

Tapi...

Untuk berusaha memperbaiki suatu keadaan, dalam sendiri luka, tapi tidak mendapat sambutan... bisa sahaja menawarkan hati sendiri untuk mencari jalan.

Cukuplah, aku juga sedar bahawa aku tidak begitu pandai menyusun kata-kata. Selalu sahaja menimbulkan perselisihan... walaupun itu bukanlah yang diniatkan. Malah tak pernah diharapkan. Tapi yang tak diundang itulah akan tetap berlaku. Yang tidak dimahukan itulah tetap datang. Pasti di dalamnya tetaplah ada kesalahanku. Memanglah, sendiri akuilah... Memang aku bukan insan pilihan yang selamat dari segala kelemahan dan kesalahan.

Tapi kalau hendak dihukum. Biarlah, aku akan belajar menerima. Apa sahaja kata-kata itu walaupun keras, sinis atau sindir... Tuhan ingin aku belajar untuk fahami dan menempuhnya sendiri. Walau sesakit manapun...

Sendiri cari sakit... sendiri tanggunglah. T T

Cukuplah, aku rasa aku terlalu banyak bercakap. Mungkin sebab itu datang segala kesalahan dan penyakit-penyakit yang menyakitkan. Mungkin juga perkongsian itu sekalipun dilihat sesuatu yang baik, aku harus belajar untuk menyimpannya sendiri. Kerana kadang-kadang perkongsian itu yang selalu menimbulkan suasana tidak aman dan harmoni sebegini.

Minta maaf salah silap. Kepada semua yang pernah berada di sisi sy. Kerana sy tahu, banyak sahaja yang telah sy lukakan... dan lakukan kesilapan. Terima kasih atas kehadiran anda semua dalam hidup sy. Yang amat sy hargai. Semoga Allah mendatangkan orang yang lebih kuat dan sabar... untuk berhadapan dengan diri yang banyak menduga ini. Semoga Allah membantu sy untuk menjadi manusia yang lebih baik daripada ini..

Agar teman-teman tidak lagi merasa teruji... setiap kali.

undur diri

Tuesday, March 29, 2011

2nd Week PGH


Alhamdulillah. Inilah barunya mendapat tutorial yang best. 1jam sekejap sahaja terasa. Kontradiksi kepada tutorial-tutorial yang sudah. Kefahaman tak dapat. Apa pun tak dapat. Yang ada kantuk yang tak tertahan-tahan menanti waktu segera berlalu. Itulah, Prof Kirwan memang sangat best! Semua suka pendekatannya. Tidak menyindir. Tidak memaksa. Lebih ilmu diberi berbanding bicara sinis. Oh, hampir tiada...

Hari yang panjang juga seperti hilang dengan pengakhiran sesi tutorial yang menarik.

"Intermittent Claudication"

Sakit kaki di bahagian betis bila berjalan, puncanya blockage pada salur darah yang semakin sempit dan mengeras akibat pengumpulan lipid-lipid di sepanjang dinding salur darah.

Pesakit juga akan selalu merasa sakit di bahagian kaki pada waktu malam. Untuk kondisi yang lebih teruk, kaki terasa sejuk jika disentuh. Kebiruan atau nampak pucat.

Lebih-lebih untuk mereka yang didiagnos dengan Diabetes. Awas, merokok juga menambah kebarangkalian anda untuk mendapat masalah ini.

hurm... hari ni Selasa.

Semalam, seorang kawan sy telah pengsan sebentar di wad. Berdiri terlalu lama mungkin. Hairan juga, bagaimana boleh terjadi.

Tapi, hari ini juga sy hampir-hampir sahaja melalui perkara yang sama. Entahlah. Tidak juga sy berdiri terlalu lama. Hurm. Tiba-tiba sahaja rasa semakin hilang kesedaran... Semakin hilang suara-suara di wad. seperti letih dan lesu amat. Sy pinjam kerusi pelawat. Terasa peluh memercik dingin sahaja. Pelik... Sy lihat tangan, memang sangat pucat. Tiada lagi merah-merah biasa. Pelik..entah kenapa.

Dua kali sy tumpang duduk selama beberapa minit...bila sy rasa sudah tidak mampu.

Entah mungkin benar dehydrasi. Benar tadi terasa sangat ingin teguk air atau hisap gula-gula. Tapi, mana nak ambil dalam wad.huhuh

Padanlah sejak pagi sudah terasa kelainan pada sistem tubuh. Jarang juga perut terasa memulas tak henti. Hurm

Tamat sahaja mendengar cerita Prof Kirwan di katil pesakit tadi, terus.. sy mengajak pulang. Tidak boleh fokus lagi, langsung tak dengar apa yang disebut Prof.


Sekarang, alhamdulillah... sakit nikmat. Ujian pun nikmat.. Ada hikmah untuk segalanya..

Thursday, March 24, 2011

people....


when would u feel upset...
- when i feel someone don't want to talk to me
-even though i might just know what the logic reason is..

it was just a matter of feeling..huh. No need to be cared of..

Now, why i am so sleepy when I have had enough sleep last night. and i think enough rest this evening?
-this might be due to too much sleep..huhu. I wish i am fresh right now! But it's not...
-I shouldn't sleep anymore after asar no matter how tired I am.. should I?
-may be..huhu

Surgery/orthopedic hospital attachment almost reach it's end..for this week. Tomorrow is Jumaat! Time is passing by too fast...

Then, why do I have stomach ache when I have had enough food for today? I ate rice twice okay!
-don't know.. may be my stomach was shocked that I managed to eat twice today.huhuhu

Now tell me your wishes at the moment
-I wish I will have a wooden rack for my towel, telekung, sejadah and etc a.s.a.p
-I wish I could buy a mirror..so that I hang it here beside this window where I had inserted a knail with my housemate's hammer just now
-I wish I could buy milo plus skimmed milk
-I wish we manage to have a washing machine by this weekend
-I wish I can buy a differential diagnosis book tomorrow..don't know the price..likely to be rm70 T T
-I wish I can buy the Appleys orthopedic book...and I hope I would read it.huh
-I wish I know what I am doing here and be more smart at studying in order to make sure I remember and understand everything
-and so I wish I know what the lecturers and doctors are talking about

Oh, please....


no momentum
at the moment
-.-

Monday, March 21, 2011

My first Day at SJH ^^


Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.. ^^

Menarik juga ber'hospital attachment' walaupun sedikit terpinga-pinga tak tahu nak ke mana di Hospital Seberang Jaya tadi. Seawal 645 am kami sudah keluar, mengharungi sesak lalu lintas jalan Penang yang padat dengan kenderaan bermotor ibu bapa yang sibuk menghantar anak-anak ke sekolah, dan remaja-remaja yang menunggang ke sekolah menengah. Mujur kesesakan hanya sebentar cuma. Hampir ke Jambatan Pulau Pinang, jalan mulai lega... setidak-tidaknya kancil hijau terang ini boleh meluncur tenang. hhe


Taklah begitu lama, anggaran dalam setengah jam tayar sudah berjaya mencecah daerah hospital yang lengang. Dan kami pun berjalan-jalan mengira hendak ke mana. Pintu masuk hospital pun tak nampak di mana. huhu

Er..kena clerk patient? sedikit rasa macam nak garu kepala... Huhu. Ini hari pertama, tolonglah beri kami taklimat sedikit ke apa.. Entah ke mana pakar-pakar bedah yang dinamakan tidak muncul-muncul. Sister dekat ward pun bukan ada bagi apa-apa arahan. So, ini namanya belajar-belajar sendiri. Akhirnya, kami pergilah menemubual seorang kakak yang patah kaki ni. Sementelah kami dijadualkan di wad ortopedik. Takdelah soal jawab serius. Macam bual-bual je bunyinya. huhu. (sebenarnya dalam hati tak tau nak mula macam mana. Dulu, dengan orang puteh...dorang memang sangat biasa. Tapi ini rakyat kita. Soalan berstruktur sudah bertukar jadi bual-bual sambil fikir apakah soalan lagi yang tertinggal. Wahah!

8-12am kami berlegar-legar di ruang hospital tanpa sempat duduk. Penatlah jugak kaki ni nak berdiri lama-lama depan Mr Wong di klinik ortopedik tadi. Mujur beliau seorang yang masih berlembut mengajar kami yang banyak tak ketahuan ini...walaupun beliau seorang pakar. Tidak seperti tipikal doktor Malaysia. Ops

Sekejap ajar. Sekejap layan patient yang masuk. Sekejap jawab soalan doktor-doktor bawahan lain. Sekejap tengok x-ray patient. Sekejap bincang dengan patient. Sekejap bagi kami X-ray untuk kami teliti. Ada masa dia tanya-tanyakan dan beri jawapan kepada kami. Kemudian pergi lagi. eh, busykan Mr Wong? Macam tulah suasana kebanyakan staff terutama para dr perubatan di hospital tadi. Tak menang tangan pun ada nampaknya... That's how we are going to be soon. hurm..

Tapi yang menariknya. Angkara coat putih yang kami pakai, berisi steteskop buku dan segalanya, baru 5 langkah berjalan di kaki lima hospital, pakcik ni dah tanya, "Dr, klinik trauma dekat mana?" "..bahagian emergency..accident pagi tadi.."? "..klinik pakar pergigian kat mana?" "..tempat X-ray kat mana?" "klinik ortopedik"? "Ke mana harus sy pergi...? sambil menunjukkan surat appointment yang dia ada. Ada auntie chinese yang agak berusia pun tak teragak-agak nak tanya walaupun kurang fasih bahasa Malaysia. Sambil dia tunjukkan surat doktor yang dibawa. Ohh...betullah auntie..masuk sini. Terima kasih aa....terima kasihh... sambil auntie tu menggenggam kedua tangannya (macam gong xi fa choi)..

Menarik tak? Kami yang sendiri tak tahu tempat dekat Hospital Seberang Jaya ni habis kena tanya dengan semua arah. Tak terkira dah. Yang mana dapat kami tolonglah... Yang tak dapat..harap maaflah.. huhuhu. Kami sehari pun tak sampai sehari berlegar dekat hospital ni.

Overall, best jugak hospital attachment ni.. selagi mana kami masih belum bertemu Dr Tipikal Malaysia. Huhuhu. Alamak esok pukul 7am sudah perlu ada dekat SJH. Itu mungkin antaranya...yang tipikal itu. Hohoho. Tapi penat tak dapat duduk itu tak terkiralah. -.-"

Okies.. adios~

inilah laluan kami untuk seminggu ini...
siap sedia duit tol!!! huhuh


Saturday, March 19, 2011

One Day To Go



Sy amat-amatlah tidak produktif saat ini. Dua hari cuti kosong telah berlalu begitu sahaja. Yang mana patutnya sy telahpun pergi membuat akaun bank di Jalan Dato Keramat ataupun membaiki lampu motor belakang ni. Hrm... tak arif jalan dan macam-macam... mungkin menyumbang.

So, tak tahulah bila ada rezeki nak buka akaun... nak baiki lampu motor. Tak mengapalah, pakcik makcik sponsor pun seperti membiarkan sahaja kami di sini tanpa apa-apa contact. Sekarang, lebih jelas apa itu maksudnya dianaktirikan di bumi sendiri. Hurm..

It's okay. We have to learn how to survive.

Marilah kita membusykan diri dengan membalut buku... menyelak buku. Mengiron baju. Mencuci baju etc. Sepertimana busynya bunyi-bunyian di sini.


Belajarlah menghadapi semuanya sendiri.


maaf zahir batin
semoga bahagia dunia & akhirat

Thursday, March 17, 2011

a New...


I am writing this in my square room, Lahat Court No 46 with a feeling of stomach emptiness and sleepiness of the hot day. No more drizzling of Dublin's cold weather. No more speciality of walking 40 minutes nonstop without a drop of water.

It's Penang. Here I am. Lot's of halal food, but so so far away. And less less likely to be eaten with current monthly 'salary'.

First and foremost, thank you ayah for buying me this lovely blue cupboard and hot pink book rack as well as this table set and mattress. And thanks for this fan! Huhuhuh... saving me frommati kepanasan. hehe

And thanks to abang, for riding this bike for me all the way from Malacca. And you easily found my unknown apartment! Something to be proud of... ^^

And to my mak.......kakak.. and adik. For the endless effort and support. For the sardine sandwich, and for the cash notes. Aha... huhu.

It was not easy for moving from a house, isn't it? And much harder to move from a latitude to another, with lack of rest. That's why I think I still have jet lag here. So sleepy to learn 8am in the morning till 1230 in the afternoon.

My life is quite pack here. I don't know what is going to be in the next few weeks, as I was in the very lucky group to go to Seberang Jaya Hospital for attachment in the morning, and comeback to have lecture or tutorial here in pmc in the evening. And the seniors have already warn me that it's going to be a bit of crying weeks, because... it's the SURGERY. Is it very difficult? Or it is the surgeons' there whose make it difficult for the students, i don't know.

We'll look and see. Please be here for me.. :(


So, I am telling you that the next few weeks would be a very tough weeks for me... at least for my third year here. I am praying hard, that I could perform better than ever. Please.. do pray for me.

And I hope, i would be tough enough to get through all of these.

i am only a student doctor


no money for three months
i will survive!

 

Hari-Hari Medika ini ditulis semata-mata insyaALLAH untuk manfaat bersama Dicontengconteng oleh MazunaChan © 2010