Pages

Wednesday, August 24, 2011

Emergency Surgery


Every night we joined the ward round held by the doctors...

Moving from one bed to another

The soft spoken surgeon hardly to be heard

Even the whispering couldn't be nicely understood

For hours, just moving step by step

And I all I could give was just a smile for each patient

and patiently waiting the clock to turn to 11

so that I can run home~




maafkan sy zahir dan batin....

Friday, August 12, 2011

The Passing Days...



Malam ramadhan... ketika sy masih di sini.

Suatu malam, berjalan-jalan dan melihat orang di sana sini melalui alam maya. Uh, canggihnya teknologi. Tak sangka kita boleh melihat satu dunia tanpa bergerak ke mana-mana. Hurm. tapi, secanggih manapun...tetap terbatas juga kebolehan manusia ;) Notebook yang diguna pun bergantung pada elektrik. Kalau tanpa elektrik, tiba-tiba terputus.. teknologi pun tidak boleh diguna. DIA juga Yang Maha Hebat dan melebihi segalanya. :)

Sekali-sekala, seperti waktu ini... akan datang semula keinginan sy untuk mengetahui khabar-khabar kawan-kawan lama... Yang sama-sama belajar di waktu kecil. Sama-sama nakal dan membesar. Tapi, sudah lama tidak bertemu setelah masing-masing mula membawa langkah. Tidak pernah ada khabar. Tidak pernah lagi bersemuka. Entah di mana mereka... entah apa khabar mereka. Hurm..

Alhamdulillah, masih ada juga yang dapat sy bertemu muka sesekali pulang ke kampung tercinta. Ada yang sudah berumahtangga...sudah menimang cahaya mata.. sudah bekerja.. Hai, semua sudah besar-besar belaka. Hmmm...

Tapi sy teringin nak melihat yang lain. Tak tahu macam mana nak mencari... tak berjumpa pula walaupun di laman sesawang. Bagaimanakah agaknya mereka..... Hm. rindu agaknya..

Mungkin sudah berhijrah ke mana-mana...

Semoga suatu hari sy dapat bertemu mereka. Insan-insan yang kenali sewaktu zaman kanak-kanak sy... Semoga Tuhan memelihara mereka di mana jua mereka berada. a m i n =)

Saturday, August 6, 2011

Hurm...


Menyelak-nyelak baju yang comel-comel belaka ditemani auntie promoter chinese yang sudah agak berusia. Hm, boleh tahan la harganya, rm8-12 sepasang. Selalu tak dapat kut harga macam ni untuk baju yang lebih-lebih lagi sweet comel macam baju-baju dekat sunshine ni. Nampak peramah juga promoter nya.

'auntie, mana baju untuk baby?' nampak je kat mana, saja tanya.

'depan ini.. ini.' jawab auntie tersebut. Bersungguh jugak dia.

'you mau cari utk anak ka..'

Hmm.. diam sekejap. terus membelek...

'auntie, sy ada rupa ada anak ka,' hm, rasa nak tergelak pun ada

'hm, ada la.' jawabnya. jujur sahaja bunyinya...

'bukanla auntie, mau tengok untuk anak saudara. anak kakak sy,'

'you sudah kerja ka?'

'taklah...belajar lagi...'

'oho..o..'


Kesimpulan cerita : ntah, tak tau



kan best tukang jahit buat baju mcm tu
size besar sikit, so sy pun muat :p

6 Ramadhan




we put our effort, people refuse, but ALLAH grant us with Tarawikh tonight...

alhamdulillah...

Terima kasih Tuhan



cukuplah, usah bersedih
sesuatu itu tidak pernah sia-sia
di sisiNya...

Wednesday, August 3, 2011

Once, Want, One




once i was thinking to be an engineer

being creatively creating something

innovatively making things different

but since i love love and love drawing

i thought i should be an architect

as what people always told me

so that i could design any sort of type of building

but sooner i thought it might not suit me

as it seemed to play with a lot of mathematics

and they are only drawing lines of a mechanical plan

not as what i want

probably i could be a clothes designer

i can design any clothes i want

and makes my imagination becomes one

what an interesting life, i wonder

but somehow,

i don't know why

when people ask me : what i want to be

i would say a doctor

when the primary school teacher ask me

i listed several of job list

lawyer, lecture, doctor

doctor came last

but she announced to everyone that i am becoming a doctor

one day when my father's friend ask me

what i want to be

i said 'with God's will, a doctor'

and here is where i am now

i am in these hospitals..

learning on how to be a good doctor

learning on how to be kind and helpful

So please do pray for me so that

i really become one


lama x main lego
tq mr.engineer^^

Monday, August 1, 2011

Pssttt...


Terima kasih tidak terhingga kepada future husband yang telah bersusah payah membaiki toshiba sy... \(^^)/

kerananya maka dapatlah sy menulis semula..

tiada kata yang dapat diberikan untuk menyatakan betapa sy menghargainya..

Semoga ALLAH memudahkan urusanmu... dan melindungimu dan merahmatimu di mana jua kamu berada.. a m i n


takkan lupakannya

malam kedua Ramadhan


Bismillah.. alhamdulillah :)

Selesai menunaikan terawih walau di rumah cuma... Terima kasih ALLAH kerana memberi sy kekuatan untuk ruku' dan sujud lagi kepadaMu..

Semoga Ramadhan kali ini menjadi suatu kenangan yang indah dan mendekatkan kami kepadaMu lebih-lebih erat lagi.. amin.

Minggu ini adalah sesi belajar orthopedik (tentang tulang, fracture dsbg) di Hospital Pulau Pinang. Insyaallah, akan cuba memanfaatkan tempoh yang pendek ini dengan sebaiknya..dengan izinMu jua ya ALLAH.

Alhamdulillah, walaupun hari pertama berpuasa, dan mempunyai sesi yang penuh tanpa rehat dari 815-1145 am, kami masih boleh berdiri dan menghadirkan diri ke lecture hall tepat pukul 100. Mungkin kekurangan mental torture telah membenarkan kami untuk tidak berasa begitu penat walaupun kami berada bersama Mr Zulkifli beberapa jam lamanya. Tidak seperti yang sebelum-sebelum ini, selalunya sesi teaching bersama doctor hanya 1jam, selebihnya waktu kami bersendiri..

Hurm, mungkin betul juga teorinya.. badan penat tidak mengapa. Tapi kalau mental penat..penatlah segalanya...

Hari ini menarik^^... dapat tengok banyak kes orthopedik. Sedikit-sedikit menambahkan rasa sedar untuk mensyukuri nikmat kurniaanMu. Banyak juga pesakit yang datang adalah kanak-kanak. Kecil-kecil lagi diuji dengan pelbagai ujian. Ada adik kecil montel tadi umurnya 3tahun, katanya 'jatuh.. jatuh kat umah'. Hhi, bersimenlah kaki nya kerana patah mungkin lompat-lompat dari katil. Tapi, ada yang lebih menjentik hati. Kanak-kanak cerebral palsy yang tidak pernah dapat berjalan semenjak lahir... Adik montel yang cara jalannya sedikit pelik (mungkin scissors gait) kerana, tulang pahanya berada di luar soket normal untuk kedua-dua belah kaki...menyebabkan tulang belakangnya sedikit membengkok (perut jadi terlebih ke depan) dan sering mengadu lenguh-lenguh pinggang bila berjalan pada jarak tertentu..

Hurm... alhamdulillah kita dari lahir ke besar, normal segalanya. Patut menjadi lebih bersyukur dengan segala-galanya. Bukankah logiknya begitu? Tapi selalu kita tidak sedar...sedangkan kenormalan yang ada pada tubuh kita hakikatnya salah satu nikmat terbesar dariNYA. Punya anak-anak yang sihat dan normal juga adalah nikmat dariNYA. Bayangkan kita menjadi ibu dan ayah kepada anak-anak tadi.. yang tidak normal sejak lahir. Tentunya mereka bersusah hati, berusaha sedaya upaya untuk membantu si anak.. berkerah tenaga memikirkan adakah mahu atau tidak dihantar anaknya ke dewan pembedahan dengan segala kemungkinan tentang komplikasi yang ada. Berulang-alik ke hospital... dan apa sahaja. Besarnya ujian ibu bapa tadi..
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul....
Semoga ALLAH memudahkan urusan mereka... dan mengabulkan permintaan-permintaan mereka. Dan menjadikan mereka hamba-hambaNya yang sentiasa bersyukur...tabah dan redha.

a m i n .. . .


esok insyaAllah
operation theatre!
 

Hari-Hari Medika ini ditulis semata-mata insyaALLAH untuk manfaat bersama Dicontengconteng oleh MazunaChan © 2010