Pages

Monday, September 26, 2011

Ya rabbi..


'di kala jemari ini kekeringan, tidak ada yang akan dapat melembabkannya sekalipun 10x sapuan losyen...

di kala epidermis ini penuh kesegaran, tidak ada yang dapat mengeringkannya sekalipun ribuan zarah sabun...'

semuanya, dengan izin Allah



Tuesday, September 20, 2011

Alhamdulillah =)



Daisypath Graduation tickers


Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan...
dan memberkati kejayaannya

Selamat meneruskan khidmat
kepada ummah ;)

Monday, September 19, 2011

E.N.T


Minggu ini sy posting di bahagian ENT (ear, nose & throat) atau bahasa medikus nya otolaryngology.

Kite belajar cara menggunakan autoskop, sejenis teropong telinga. Maka dengannya kite dapat melihat sejauh gegendang telinga (tympanic membrane @ eardrum). Satu fakta menarik tentang gegendang telinga ialah, apabila disuluh dengan cahaya melalui alat autoskop, akan terlihat satu jalur menyenget halus yang akan memantulkan cahaya -maka ia akan terlihat seolah-olah satu benda bersinar di hujung terowong telinga. Fuh, kadang-kadang bila tak nampak gegendang yang sekeliling tapi hanya nampak cahaya. Macam nampak sebutir bintang dalam telinga pun ada ^^

Jalur bersinar tadi dipanggil 'cone of light'.

Gegendang telinga yang sihat akan kelihatan warnanya seperti pearly white.

Gegendang telinga yang tidak sihat akan tampak whitish... hurmm..

Selain dari memeriksa gegendang telinga, kulit sekitar sepanjang terowong telinga juga diperiksa. Sebarang abnormaliti mungkin menyumbang kepada bunyi dengung, kurang pendengaran, kepala pusing atau kesakitan pada sang telinga!

Hehe, mari lihat ini dia autoskop

PSCZ-2006
dilengkapi dengan kanta pembesar dan sumber cahaya yang akan keluar di muncung tirus itu -tempat di mana ia dimasukkan sedikit ke dalam terowong telinga...


har ini gegendang telinga sihat yang boleh dilihat melalui autoskop, tp gmbar ni sangat cun, selalu sy teropong taklah clear macam ni -.-" tapi nampak kan ada slash of light kat situ^^

har ni logik sikit la.. dari jauh nampak gegendang telinga^^

p/s : eh, sy baru tau takpe jea rupanya kalau air masuk telinga...sebab kita ada gegendang telinga sebagai protection! hehe.. So, semalam dalam bilik fibrotoskopi (btul kut ejaan begini...huh) sy tengok dr buat 'ear toilet'...untuk membersihkan telinga dengan cara memasukkan air ke dalam telinga. So that wax terkumpul yang menganggu proses pendengaran dapat dikeluarkan... Tau kan, tak boleh guna cottonbut. Sebab telinga kita hakikatnya ada mekanisme pembersihannya yang tersendiri. So, tak perlu korek telinga! Bersihkan yang luar-luar jer ya.. Otherwise, anda akan hanya lebih menolak wax itu lebih jauh ke dalam atau menyebabkan ia lagi melekat dengan dinding salur telinga. which is...not good..not good


Aha, yang menarik, kami menjumpai satu keanehan dalam telinga kawan-kawan kami sendiri. Hikhik.. nanti kita bercerita kemudian yea.. Adios~

suka juga tengok dr di ENT
bkerja membersihkan telinga hhi

Friday, September 9, 2011

Hard to feel, Easy to scratch







Thursday, September 8, 2011

lambaian Akhir........


masa : Di kala orang bersolat Jumaat.

latar : nada-nada yang berkumandang sejak semalam



Entahlah...minggu yang panjang sedang berlalu... episod-episod yang berlalu. Biarlah apapun kesudahannya. Cuma sesuatu yang 'bagus' untuk minggu ini. Sy tidak langsung kisah dengan pelajaran. Otak sy tidak perlu bertungkus lumus untuk tutorial, fahami lecture dan sebagainya. Kerana secara semula jadinya ia gagal berfungsi untuk mencernakan segala ilmu yang berjalan di depan mata.

Semua perancangan adalah sepastinya tergendala. Semangat apa pun tidak ada. Bagus, bagi yang berhasrat untuk mengurangkan berat badan. Minggu ini adalah yang 'terbaik' yang bakal menjayakan jika punya misi sedemikian.

Oh, maaf sepatutnya sy sudah mengambil cuti dari komunikasi dengan sesiapa . Tapi memandangkan lena sy masih tidak berjaya lewat dinihari ini, dan kerana sy terfikir tentang sesuatu yang sy fikir sy mahu kongsikan dengan pendengar tanpa telinga sy ini. Maka mungkin ini tulisan terakhir sebelum sy proceed mengambil cuti. Ya, minggu tanpa perlu memikirkan pelajaran, maka sy dapat bersama dengan blog dengan luangan masa yang lebih baik. Kerana minggu ini sy bukan seorang pelajar perubatan. Mungkinkah juga minggu depan?

Alhamdulillah, tahniah kepada seorang teman serumah yang bakal menjadi tunangan dan insyaAllah yang seorang lagi akan menyusul kemudian. Sy gembira untuk keduanya. Tapi, maaf... mungkin sy tidak cukup gembira di mata kalian berdua minggu ini...

Semoga Allah memberkati dan melanjutkan ikatannya hingga terbina masjid yang indah.




Mungkin ada benarnya pada mimpi-mimpi yang bertandang pada minggu ini....


Bermimpi rambut putus dan rontok. Artinya, akan mengalami kesedihan atau kesusahan.

Bermimpi rambut digunting / dipotong orang.


Wallahua'lam. Moga impian anak kecil itu menjadi kenyataan.


Sekian, maaf zahir dan batin

dari yang tidak pernah sempurna

......


perubahan bukan hanya dari satu pihak

harap sedar salah silap masing2

bahasa jiwa bangsa

nasihat juga memerlukan cara yang lebih baik




'off '



memang
sangat-sangat jauh lagi
tunggulah lagi....jika itu lebih menggembirakan





Wednesday, September 7, 2011

choose



A

am so glad not going to any tutorials

even if there's any

.....



aku tidak ingin menyimpan apa-apa

MAAF ZAHIR & BATIN


semoga yang gembira terus bergembira

yang aktif cemerlang terus cemerlang

yang lena terus lena dalam kenikmatannya

yang gembira berkata-kata terus gembira dengan kata-katanya


terima kasih kerana menjadi sesuatu di mata sy

maaf dengan ketidaksenangan yang ada..

Diari Pelajar Cemerlang


doktor muda agak malas ke kelas awal pagi tadi

930 baru menunjuk muka di bahagian radiologi setelah lebih 10kali mengucapkan rasa malasnya

mujur pemergian berteman sedikit-sedikit menolak hati yang tak nak

1200 tamat dengan perubatan nuklear, makan tengah hari

mengenyangkan hari yang sebelumnya

200-400 masih bertahan mendengar apa yang tidak masuk ke hati

kemudian kembali awal dan skip lecture yang satu lagi


tiada apa yang boleh menenangkan minda

mungkin tidur boleh sedikit lupa


semoga bilik ini berkemas dalam mimpi

Tuesday, September 6, 2011

+&%*3#



ya, sikit sahaja lagi.,

8hours of NOTHING

terima kasih, sy memang suka membuang masa
 

Hari-Hari Medika ini ditulis semata-mata insyaALLAH untuk manfaat bersama Dicontengconteng oleh MazunaChan © 2010