Pages

Thursday, January 20, 2011

Sekilas



Bismillahirrahmanirrahim...

Hehe. lama lah tak sempat nak menulis di sini. Dah masuk hari ke-3 hospital attachment, ada benda nak cerita sebenarnya, tapi hari-hari terpaksa berlalu tanpa sempat nak update blog.. Har, ni pun bangun pukul 337am selepas berhempas pulas selama sejam lebih untuk bangun tidur. Semalam balik sampai rumah masuk maghrib. Lepas sahaja solat isya terus sy mengisytiharkan untuk beradu di dalam duvet. Walaupun ikutkan hati perut lapar (cuma makan nasi sarapan pagi tadi), break tengah hari di hospital ada la bancuh secawan teh panas. Sampai rumah je, telan roti sapu coklat 2keping (tapi terasa kasar pulak di lidah... teringat roti Egypt yang sangat lembut dan sedap..huhu). Hai nikmatnya kalau ada dijual roti tersebut di sini.

Hm, tapi, kalau nak makan pun, sebenarnya tak ada lah benda sangat boleh dimakan. Minggu hospital ni sy tak sempat lagi nak masak apa-apa lauk or menu berat. Minta maaf rakan-rakan. Tak taulah, balik hospital jea badan rasa penat sangat. Ni pun dengan gembiranya buka mata sambil fikir-fikir, "sakit belakang dan letih semalam sudah hilang!" heehee.

Adalah jugak terbayang apakah sy bakal masak mi/makaroni pukul 3, 4 am? hhe. tapi bayang-bayangan je lar berlarutan selama 1jam lebih di atas katil. Menarik jugak kalau dapat masak kan, boleh bawa bekal pergi hospital. Rest room student dekat SVUH (St Vincet University Hospital) pun menarik, siap ada air panas, cawan, sudu, teh, gula, peti ais dan microwave. Hhe, boleh berkelah jugak lah.. ;)

Hrm, nantilah sy cerita tentang suasana hospital. Tapi nak cakap, pergi hospital BEST! hhee. Kenapa best? Tunggu post seterusnya =)

Sy lapar bangat dong. Nak jadi tikus malam di dapur... Doakanlah sy jadi rajin dan bermotivasi untuk memasak pukul 420 am ni ya. Nak makan, nak minum milo panas... dengan hajat nak baca buku Clinical Examination yang belum dapat buat-buat lagi sejak hari tu. Wahaa..

Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini seorang pelajar perubatan yang mudah faham, cerdas dan istiqamah.. amin

Sunday, January 16, 2011

macam Tak Percaya


Ok kawan2. Esok hari pertama, kami memasuki daerah 'clinical year'. Dan nama AYAH sy termasuk dalam group bertuah yang pertama-tama masuk hospital. (orang puteh kan susun nama ikut surname). Tapi ayah sy Z. Sepatutnya dapat group last2... tapi al-maklum sangat bertuah, entah macam mana nama sy tercampak dalam Group 1! Terus dapat satu group dengan roomate sy yang bapanya berhuruf A.


Ohh. Serius. Sy tak pernah bersedia seperti ini, dah siap iron baju, iron white coat, sediakan beg. Haha. :D Sekali dalam setahun sahaja mungkin ada bersedia seperti ini (sepanjang-panjang sy menuntut di sini).

Serius takde perasaan untuk semua ni. Ya Allah, sy tak terfikir masuk hospital ni seserius macam malam ni. Ingatkan sekadar pergi hospital 'main-main' macam tahun dulu-dulu. Malam ni baru tersedar, benda besar rupanya. Hihi. Apa sy nak buat kat hospital nanti? Ya Allah.. huhu.

Apakah, tak seronok betul sebab saat-saat penting macam ni tidak dapat menjadi keutamaan. Sepatutnya mengujakan, tapi exam yang ditangguhkan kepada ESOK hari membuang saja semua perasaan yang sepatutnya. Sy langsung tak memikirkan istimewanya sem baru ini gara-gara exam. Huhu. Dahlah tak aci.. kami kena pergi hospital lepas lec. Kawan-kawan lain hanya perlu hadir kelas selama satu jam. huu~

Ada hikmah...ada hikmah.. insyaAllah. Huhu.
Ya ALLAH, bantulah hambaMu ini..


Ish3. Punyalah tak ambil kisah. rupa2nya kena bawa
  • white coat
  • stethescope
  • buku clinical kecil tu
senarai tambahan sendiri
  • botol toilet
  • coklat bar (lapar la nanti T T)
  • ops, botol air?

hihi, nasib baik roomate bagitau

Saturday, January 15, 2011

Doakan najah



Bismillahirrahmanirrahim

Doa Penerang Hati Pictures, Images and Photos

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMU
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMU
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Ya Allah,

lapangkanlah dada ini bagiku

manfaatkanlah hari ini bagiku

terangkanlah hati ini bagiku

sepertimana telah Engkau terangkan hati para rasulMu


Ya Allah,

ampunkanlah dosa-dosa kami

bersihkanlah hati kami ini

dari dosa dan maksiat..


Sesungguhnya Engkau tidak pernah mensia-siakan doa hamba-hambaMu

Ameen Ya Rabb al Alamin


exam Respi 18hb ni
6pm..
doakan ana ya
T T

 

Hari-Hari Medika ini ditulis semata-mata insyaALLAH untuk manfaat bersama Dicontengconteng oleh MazunaChan © 2010