Pages

Sunday, May 29, 2011

Hurm..Hurm


Apabila seseorang ingin memasuki bilik kubus sy, dia akan terkejut sebentar.

Kerana langkahnya disambut penyambut tetamu kecil yang manis tersenyum di muka pintu.

Harr... itu satu lagi kawan sy yang baru sahaja sampai dari Ireland. Jauh perjalanan dia, terpaksa berlayar menaiki kapal berbulan-bulan. Alhamdulillah akhirnya selamat sampai ke destinasi dan bertemu kembali kawan-kawan seDublin. Hhi

Agak hensem jugak kawan sy nie. Tapi kurang macho sebab dia suka main buai-buai.... :p

Cuba lihat beliau di bawah :


halo ^^

Sebenarnya sy kurang pasti beliau ini spesies apa. Mungkin sejenis mentadak mentadu, yang selalu dalam cerita kartun pakai jaket bergaya + topi + tongkat tue.. hihi. Tapi yang ini tiada sayap. Jadi sy namakan dia 'Belalang'. Belalang yang baik^^

Comelkan Belalang ni. Belalang ni sy tangkap dekat Prague, CZ waktu menziarah ex rumate sy E205 setahun yang lepas =) Walaupun sy xpandai pegang belalang... tapi, nie kira spesies kedua comey pilihan sy selepas Lady Bird merah hitam tue. ;)

Berani dipegang sekiranya ia makhluk kayu. hhe

So, kawan-kawan sy di sini sudah bertambah menjadi bilangan 9 sekarang. Mungkin sy masih belum perkenalkan semuanya. Ada anak arnab juga baru sampai.. Saja hari ini sy ingin memperkenalkan penyambut tetamu sy... kepada 'Pak Belalang' =p

1 encik buaya tersalah berenang... sampai melaka. Takpe..nanti bulan depan sy pergi melawat dia. Yang mesti kesepian terperuk di dalam kotak yang masih belum dibuka tersebut...isk


sengaja sy letakkan di muka pintu

kira dia jadi penyambut tetamu

& 'protector' hhi


ok
sila lah berusaha
menjadi doc

Friday, May 27, 2011

short PE



Selalunya check tangan dan mata patient

Tapi hari ini check tangan dan mata sendiri

O/E : there is palmar pallor
......and conjuctival pallor on both eyes


this is normal


Mata kiri seperti gambar (a)

Mata kanan lebih merah sedikit macam (d)


hurm. anemia ini selalu muncul tiba-tiba.

Symptoms anemia
- tiredness (positive)
- lethargy (.....)
- dyspnoea -sukar nak bernafas (not sure)

Diagnosis?

- History of blood loss? (hurm not significant...)
- Poor dietary intake ~ folate deficiency ( mungkin juga.. betullah tu kut)

What foods provide folate

Leafy green vegetables (like spinach and turnip greens), fruits (like citrus fruits and juices), and dried beans and peas are all natural sources of folate [5].

- Other history (like alcoholism, liver disease, hypo/hyperthyroidism, drugs etc) - all may not significant


Oklah. Dah >12jam tak makan... mungkin juga menyumbang


penatlah
s blkg

Tuesday, May 24, 2011

Alhamdulillah...


Bila curi tengok album kawan-kawan...

Semua sudah grad di sana sini...

Siap ada reunion dah berkali-kali...

Huuu~ baru terasa. Sy je ke yang belum grad ni :'(

Orang dah bergembira, sibuk cari kerja... sy masih perlu meniti 2 tahun lagi... MASIH belajar sejarah Malaysia lagi! masih perlu berlakon (???) Huhu... adakah ini ketidakadilan~




ermm... takpelah...sy redha. Mari menikmati perjalanan ini. ^^

Alhamdulillah. Hari ini CCES pertama kami.

Terima kasih buat yang mendoakan. Terima kasih pakcik pesakit ex-pegawai marin yang baik hati membiarkan kami memeriksa pakcik berkali-kali... huhu. Pakcik, pakcik memang baik...walaupun pakcik sakit dan penat...sanggup pakcik menerima kunjungan kami untuk pelajaran. Banyak pahala pakcik hari ini. Semoga berbahagia dunia dan akhirat... amin.. Betul sy terharu.huhu

Dan terima kasih Prof Richard Loh. Kerana memberi sy semangat untuk terus belajar hari ini. Walaupun sy tahu, sy buat tidak smooth dan bagus, dan orang lain sebenarnya adalah lebih baik... Tapi, kata-kata Prof yang murah dengan senyuman menggembirakan. Sy terasa ada harapan nak jadi doktor..huhu

"Well done M*****! I am proud of you!"

Tak sangka Prof cakap begitu. Walaupun komen-komen sy terhadap benda-benda lain banyak yang salah. Tapi hanya kerana sy menjumpai extra-heart sound itu, mendapat ayat yang memberangsangkan di akhirnya. huhu..

Terima kasih semua.. Anda adalah motivasi untuk diri sy :')



terima kasih kamu
=)

Monday, May 23, 2011

It's all about...



Tutorial Surgery yang dijadualkan 3 pm hari ini ditunda ke Jumaat 12 tgh hr.

Lecture Surgery semalam yang 'hilang' ditunda ke Jumaat jam 5-6pm

Jumaat + 2 lectures yang already scheduled = kelas dari pukul 12-1, 3-6pm (>.<)

Tutorial Surgery last week ditunda ke hari Khamis 1 tgh hr. So akan ada 3 tutorial pukul 1-4pm direct lusa. huhuh

So hari ini = takde pape. hurmmmm... tapi ada CCES.

Untuk rotation kali ini (iaitu rotation Medicine), kami kena lengkapkan 4 CCES untuk 4 sistem : kardio, respi, neuro, GIT. Peluang hanya pada hari Selasa & Rabu setiap minggu.

Ingat nak pergilah cuba CCES respi petang ni. Tapi tak ready lagi! huhuu.. kena baca respi. erk


Hhi. Disebabkan tuto cancelled, maka dapatlah sy meregangkan otot sedikit sedikit yang telah lama tak diregangkan ni. huhu. Bilalah nak istiqamah exercise ni. [-.-]"





Friday, May 20, 2011

Seni Belajar


antara perkara-perkara untuk memotivasi diri

adalah seni *(^^)*


Seni lah sangat. Hehe. Gunting dan tampal jea. Sekarang boleh menghias meja studi sy. (sedikit-sedikit memanggil sy mendekati meja studi). hua3

hurm, baca berita 24 pelajar anak-anak yatim tertimbus.. tanah runtuh. Kesiannya... Moga-moga berjaya diselamatkan kesemuanya. Aminn..hhu



chaiyok2 doctor!
(~.~)'

lapar....


Pagi nie terasa lebih bersemangat. Sebab bangun dengan rupa bilik yang baru^^

Yang telah dikemas dengan susah payahnya malam tadi. (hihi.xlah susah pun)


Hurm. Sekarang sy sangat berangan hendak menjahit satu langsir pendek comel untuk cover dekat atas tingkap kecil sebelah meja studi nie. Hurm.. bilalah. Nanti balik rumah bulan depan sy nak buat~ huhu.. semoga terlaksana. huhu. hhhe. nanti nak cari gali kain2 comel semoga berjumpa di rumah.^^

Hmmm.. menarik.menarik. Sy lebih suka duduk di meja sekarang. Ada rupa meja orang studi hhi. Har, nanti nak beli satu pembalut...untuk balut kotak ajaib. Hhi. we will look and see.

Haaahh..lega. Sekarang bilik ni xlah memalukan sangat. Takpelah, walaupun bilik ni sangat comey, tak sebesar bilik mereka mereka.. Yang penting kegunaannya~ amal di dalamnya. huhu

Okaylah. Sy lapar... :( jom gi sarapan. Hmm.. hari ni ada kemungkinan nak masak lah. Lauk sayur kacang + sambal sardin ke.. Hhi. Tolong, sape boleh bukakkan tin.huhu



ada satu benda xsettle lagi
bersihkan kipas!

Monday, May 16, 2011

s w i'm a



posted only in cm.b



off to sleep
to kill those unwellness
"happy teacher's day"

Monday, May 9, 2011

9mei :)


Aku senang... aku senang..

Tapi bingung...aku bingung...

Dan aku pun bertanya... la la la la..

(。◕‿◕。) comel betullah lagu nie..hhi


Hrmmm... baju-baju yang terdampar di sebelah sy..siapa sudi tolong melipatnya? ;)

hm, 1:36 am hari berikutnya... tapi tetap sy nak wish lagi sekali Sannah Helwah^^ to my FHiA

selamat menjengah alam 23 lebih awal dr sy :) alhamdulillah

Hurm... dia sudah tidur. Semoga mendapat kerehatan yang cukup untuk mengembalikan tenaga pada esok hari. amin.. ^^

Hm, maaf yea.. Sy berangan sahaja sekiranya sy dapat melakukan sesuatu untuk ulang tahun ini... alangkah menariknya jika punya masa dan skill memproducekan video...

Hurm, tapi sebagai anak medika penang ini hanya sempat buat....


ini....

dan ini... huhuhu

Semoga direzekikan suatu hari nanti.. amin. InsyaALLAH. =) hmm.. kalau nak wish.. ada panjaaaaaaang sangat wish list untuk yang istimewa. Maka wish list itu sy simpan sahajalah di dalam... sebab...

Abu Darda' r.a. telah mendengar Rasululullah s.a.w bersabda

"Tiada seorang muslim yang mendoakan temannya tanpa diketahui oleh orang yang didoakan, melainkan disambut oleh Malaikat: Dan untukmu juga seperi itu."

[HR Muslim]


gud luck!
ganbattene

Friday, May 6, 2011

2hari lagi



Hmm... sejak pulang ke malaysia ni. Selalu sahaja tidak mencoret di sini. Al-maklum sesi belajar sekarang sudah pagi sampai petang. Silap-silap pukul 7pm baru pulang. Siang menanti malam. Malam berehat menemui siang. Maka berulang-ulanglah keduanya. Sampai hampir dua bulan sudah pun tidak begitu terasa.

Hurm. masa oh masa.

oh yea, adik sy pesan check keputusan upu. (lihat! hampir2 terlupa)

ops.. hmm..

Esok Sabtu bermakna cuti = tapi kami ada extra kerja pergi ke Klinik Joey yang sepatutnya di'schedule'kan pada hari ini. Doktor yang tiba-tiba unavailable. So... esok pergi Pulau Tikus!

Hmm.. oklah. Sekejap je dah seminggu. Hidup dah bertambah, amal belum meningkat. huhu. Baiklah sy pergi mandi...dan maghrib dah.

Sakit gusi
 

Hari-Hari Medika ini ditulis semata-mata insyaALLAH untuk manfaat bersama Dicontengconteng oleh MazunaChan © 2010