Pages

Monday, December 20, 2010

Exam dan Salji


Hari ini telah berlalu. Exam GIT/Hepatobiliary Diseases sebenarnya amat dirunsingkan, tapi kesedihan dan kedukaan selepas tidak dapat menjawab dengan baik (seperti biasa) hilang dengan hiburan salji yang diturunkan Allah dengan 'sweet' sekali... Serta merta terasa Maha baiknya Tuhan memberikan nikmat untuk kami merasa keluar dewan exam dengan snow keputihan-putihan jatuh di luar. Sweet!

Lupa segala kesusahan menjawab exam.

Ya, ini kali kedua salji terus menerus turun di bumi Dublin. Dan kami gembira! walaupun tidak pada awalnya (sebelum pergi exam, kerana salji turun bermakna jalan licin - susah nak jalan, tak boleh nak baca notes sepanjang perjalanan kaki ke dewan RDS yang jauh dari jalan besar.) Terbukti benar, hari ni kasut clank sy tidak berjaya menapak dengan betul. Terpaksa berjalan sambil memaut lengan orang sebelah. Tak terkira jumlah tergelincir sepanjang ke dewan exam tadi.

Tapi macam biasa, salji pada hari pertama memang sangat best! ^^ salji yang lembut, sopan, cantik dan suci lagi menyucikan! Memang sejuk! sebenarnya suhu siang tadi sangat sejuk. Terpaksa menggigil-gigil sambil membaca nota-nota terakhir di dalam dewan RDS. Tapi alhamdulillah, menariknya suhu ketika kami keluar dari dewan exam tadi seperti tidak berapa sejuk. Dan snow sedang turun dengan lemah lembutnya... Cantik sangat, Tuhan!

Dan perjalanan pulang malam ini sangatlah menarik. Selepas menunaikan fardhu maghrib, perjalanan berpaut lengan pun bermula. Terasa sangaaaaaaaaat lama nak menuju ke jalan besar. Jalan sangat jamp, kereta sangat perlahan bergerak. Sy juga sangat licin bergerak. Boleh kata sepanjang jalan adalah ibarat bermain ski (tak payah pergi tempat ski yang berbayar tu). Mujur orang sebelah punya tapak kasut yang teguh. Serius hari ini entah kenapa kaki ini tak lekat ke bumi! Kawalan diri sangat-sangat penting supaya sy tak tergelincir ke tengah jalan (dari kawasan pejalan kaki) dan melanggar kereta! Hehee

Nak dikisahkan pula, perjalanan dalam bas sangatlah lama. Macam naik kura-kura. Disebabkan jalan jamp. Dan akhirnya sampai di kawasan Stillorgan di mana kami selalu menukar bas 75, maka barulah kami memahami keadaan di luar. Jalan raya sangat licin! Permukaannya sudah bertukar menjadi medan ais lapang. Kereta-kereta semua bergerak perlahan seolah mengikuti kelas tarian Balley. Hee (perasaan pemerhati). Paling kesian dan lucu tengok gelagat kereta-kereta yang tak boleh dikawal, jalan macam ketam. Tahu macam mana? Nak jalan ke depan tapi tertolak ke tepi. Ada tayar speed macam nak lumba tapi bergerak 1cm je. Begitu berusaha kereta-kereta itu berdisiplin dengan penuh gaya. Rasa kasihan pun ada, rasa nak gelak terhibur pun ada. Oh, mujur bukan sy pemandu. (-.-')

So, perjalanan hari ni, disebabkan 2bas sudah lalu dengan mesej 'Out of Services' maka kami beriktikad untuk menapak pulang. Tiba-tiba ada taxi lalu, maka memikirkan sejuk sangat dan jauh... kami tahan taxi. Tapi tak jauh perjalanan, hampir 15minit dalam taxi yang tak bergerak, kami turun semula taxi. Pemandu dia sendiri tak yakin dapat membawa kami ke rumah, kerana jalan mendaki bukit di hadapan sangat berais, dan banyak kenderaan terpaksa berkorban separuh mati untuk melepasi daerah itu. So, dengan syiling-syiling yang ada kami bayar pakcik tu 5euro walaupun tambang tertera adalah hampir 9euro. (nak buat macam mana, ingatkan nak ambil duit dekat rumah nanti untuk bayar). Tapi, pakcik tu sendiri rela. hehe.

So, bersambunglah perjalanan pulang kami menapak merentas salji tebal lebih paras buku lali. Macam-macam adegan berlaku. Sempat sy tergolek dengan nyatanya ketika cuba melintasi kawasan bersalji yang TELAH dibersihkan oleh sekumpulan ahli keluarga Irish. Nasib baik sempat pegang batang pengaut yang disandarkan kat tepi tong sampah tu. Nasib baik juga tak berlaku apa2 dengan pengaut bermata tajam tu. Ok, memang sangat sakit, time tu. Tapi pengalaman...hhee. tetap best!

So teruskan berusaha pulang, sambil berfikir-fikir ayat apa nak sebut untuk minta kereta tumpangkan. Hahaa. Masing-masing tak reti dan tak nak cakap. Tengok-tengok kereta pun tak rasa ada yang sudi menumpangkan. Lagi tengok kita macam menakutkan ada lah kut. Hehee. tak pelah. Tiba-tiba bas 75 datang! Huh, tengok kiri dan tengok kanan. Tiada bus stop terdekat! Ikutkan kat sini, bas takkan berhenti melainkan di bus stop sahaja. Tapi, kami sangat yakin pakcik bas sangat baik hati. Kami tahan jugak dan bas berhenti! Yeay, dah boleh sampai depan rumah...

Itulah ceritanya. Lebih panjang sy menaip ini daripada jawapan soalan peperiksaan tadi. Huhu. Tadi selepas je hantar kertas jawapan dan menjadi orang terakhir dikutip kertas di dalam dewan di antara beribu... Tinggi sungguh azam sy untuk belajar yang terbaik untuk next paper. Last paper! Respiratory chaiyoks2x! Tolonglah sy, Tuhan...


sy cerita di sini
untuk kamu

3 comments:

Anonymous said...

mekacih =)

loOkinoomz on December 30, 2010 at 11:11 AM said...

hurm.. masih ada last paper. Doakn sy dpt baca sket2 di egypt.

SyAhmaN on January 8, 2011 at 4:50 AM said...

best pulak ulang2 baca cerita ni.. time kasih skali lg..cuma musykil dgn word beriktikad tu..bertekad ke beriktikad..hhi..

har,smg skrg ni dpt baca skit2 note ea..hhe..bestnya daging unta.. ak baca blog faiz fauzi yg dh g egypt pun kata g sne best n makanan dia sedap..bestnya..bila la ak dpt g plk eh..

maaf trpkse tutup itu dan itu.. sibuk dan kegersangan idea.. nak fokus yang penting2 dl..
jgn lupa doakan org sini..mzb..

Post a Comment

 

Hari-Hari Medika ini ditulis semata-mata insyaALLAH untuk manfaat bersama Dicontengconteng oleh MazunaChan © 2010