Bismillahirrahmanirrahim...
Hehe. lama lah tak sempat nak menulis di sini. Dah masuk hari ke-3 hospital attachment, ada benda nak cerita sebenarnya, tapi hari-hari terpaksa berlalu tanpa sempat nak update blog.. Har, ni pun bangun pukul 337am selepas berhempas pulas selama sejam lebih untuk bangun tidur. Semalam balik sampai rumah masuk maghrib. Lepas sahaja solat isya terus sy mengisytiharkan untuk beradu di dalam duvet. Walaupun ikutkan hati perut lapar (cuma makan nasi sarapan pagi tadi), break tengah hari di hospital ada la bancuh secawan teh panas. Sampai rumah je, telan roti sapu coklat 2keping (tapi terasa kasar pulak di lidah... teringat roti Egypt yang sangat lembut dan sedap..huhu). Hai nikmatnya kalau ada dijual roti tersebut di sini.
Hm, tapi, kalau nak makan pun, sebenarnya tak ada lah benda sangat boleh dimakan. Minggu hospital ni sy tak sempat lagi nak masak apa-apa lauk or menu berat. Minta maaf rakan-rakan. Tak taulah, balik hospital jea badan rasa penat sangat. Ni pun dengan gembiranya buka mata sambil fikir-fikir, "sakit belakang dan letih semalam sudah hilang!" heehee.
Adalah jugak terbayang apakah sy bakal masak mi/makaroni pukul 3, 4 am? hhe. tapi bayang-bayangan je lar berlarutan selama 1jam lebih di atas katil. Menarik jugak kalau dapat masak kan, boleh bawa bekal pergi hospital. Rest room student dekat SVUH (St Vincet University Hospital) pun menarik, siap ada air panas, cawan, sudu, teh, gula, peti ais dan microwave. Hhe, boleh berkelah jugak lah.. ;)
Hrm, nantilah sy cerita tentang suasana hospital. Tapi nak cakap, pergi hospital BEST! hhee. Kenapa best? Tunggu post seterusnya =)
Sy lapar bangat dong. Nak jadi tikus malam di dapur... Doakanlah sy jadi rajin dan bermotivasi untuk memasak pukul 420 am ni ya. Nak makan, nak minum milo panas... dengan hajat nak baca buku Clinical Examination yang belum dapat buat-buat lagi sejak hari tu. Wahaa..
Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini seorang pelajar perubatan yang mudah faham, cerdas dan istiqamah.. amin

1 comments:
Amin.. =)
rajin2 memasak taw..abg mmg suka bini abg rajin msk kt dapur..hihi
smg 2 minggu klinikal melatih anda utk mnguruskn msa sbaikny n sbg latihn kpd alam pkrjaan yg byk mncuri mse anda dgn kluarga.. bijak2 lh mnguruskn.. mnguruskn masa ye.. bukan mnguruskn badan..=)
Post a Comment