Bila curi tengok album kawan-kawan...
Semua sudah grad di sana sini...
Siap ada reunion dah berkali-kali...
Huuu~ baru terasa. Sy je ke yang belum grad ni :'(
Orang dah bergembira, sibuk cari kerja... sy masih perlu meniti 2 tahun lagi... MASIH belajar sejarah Malaysia lagi! masih perlu berlakon (???) Huhu... adakah ini ketidakadilan~
ermm... takpelah...sy redha. Mari menikmati perjalanan ini. ^^
Alhamdulillah. Hari ini CCES pertama kami.
Terima kasih buat yang mendoakan. Terima kasih pakcik pesakit ex-pegawai marin yang baik hati membiarkan kami memeriksa pakcik berkali-kali... huhu. Pakcik, pakcik memang baik...walaupun pakcik sakit dan penat...sanggup pakcik menerima kunjungan kami untuk pelajaran. Banyak pahala pakcik hari ini. Semoga berbahagia dunia dan akhirat... amin.. Betul sy terharu.huhu
Dan terima kasih Prof Richard Loh. Kerana memberi sy semangat untuk terus belajar hari ini. Walaupun sy tahu, sy buat tidak smooth dan bagus, dan orang lain sebenarnya adalah lebih baik... Tapi, kata-kata Prof yang murah dengan senyuman menggembirakan. Sy terasa ada harapan nak jadi doktor..huhu
"Well done M*****! I am proud of you!"
Tak sangka Prof cakap begitu. Walaupun komen-komen sy terhadap benda-benda lain banyak yang salah. Tapi hanya kerana sy menjumpai extra-heart sound itu, mendapat ayat yang memberangsangkan di akhirnya. huhu..
Terima kasih semua.. Anda adalah motivasi untuk diri sy :')
terima kasih kamu
=)

0 comments:
Post a Comment