Selesai menunaikan terawih walau di rumah cuma... Terima kasih ALLAH kerana memberi sy kekuatan untuk ruku' dan sujud lagi kepadaMu..
Semoga Ramadhan kali ini menjadi suatu kenangan yang indah dan mendekatkan kami kepadaMu lebih-lebih erat lagi.. amin.
Minggu ini adalah sesi belajar orthopedik (tentang tulang, fracture dsbg) di Hospital Pulau Pinang. Insyaallah, akan cuba memanfaatkan tempoh yang pendek ini dengan sebaiknya..dengan izinMu jua ya ALLAH.
Alhamdulillah, walaupun hari pertama berpuasa, dan mempunyai sesi yang penuh tanpa rehat dari 815-1145 am, kami masih boleh berdiri dan menghadirkan diri ke lecture hall tepat pukul 100. Mungkin kekurangan mental torture telah membenarkan kami untuk tidak berasa begitu penat walaupun kami berada bersama Mr Zulkifli beberapa jam lamanya. Tidak seperti yang sebelum-sebelum ini, selalunya sesi teaching bersama doctor hanya 1jam, selebihnya waktu kami bersendiri..
Hurm, mungkin betul juga teorinya.. badan penat tidak mengapa. Tapi kalau mental penat..penatlah segalanya...
Hari ini menarik^^... dapat tengok banyak kes orthopedik. Sedikit-sedikit menambahkan rasa sedar untuk mensyukuri nikmat kurniaanMu. Banyak juga pesakit yang datang adalah kanak-kanak. Kecil-kecil lagi diuji dengan pelbagai ujian. Ada adik kecil montel tadi umurnya 3tahun, katanya 'jatuh.. jatuh kat umah'. Hhi, bersimenlah kaki nya kerana patah mungkin lompat-lompat dari katil. Tapi, ada yang lebih menjentik hati. Kanak-kanak cerebral palsy yang tidak pernah dapat berjalan semenjak lahir... Adik montel yang cara jalannya sedikit pelik (mungkin scissors gait) kerana, tulang pahanya berada di luar soket normal untuk kedua-dua belah kaki...menyebabkan tulang belakangnya sedikit membengkok (perut jadi terlebih ke depan) dan sering mengadu lenguh-lenguh pinggang bila berjalan pada jarak tertentu..
Hurm... alhamdulillah kita dari lahir ke besar, normal segalanya. Patut menjadi lebih bersyukur dengan segala-galanya. Bukankah logiknya begitu? Tapi selalu kita tidak sedar...sedangkan kenormalan yang ada pada tubuh kita hakikatnya salah satu nikmat terbesar dariNYA. Punya anak-anak yang sihat dan normal juga adalah nikmat dariNYA. Bayangkan kita menjadi ibu dan ayah kepada anak-anak tadi.. yang tidak normal sejak lahir. Tentunya mereka bersusah hati, berusaha sedaya upaya untuk membantu si anak.. berkerah tenaga memikirkan adakah mahu atau tidak dihantar anaknya ke dewan pembedahan dengan segala kemungkinan tentang komplikasi yang ada. Berulang-alik ke hospital... dan apa sahaja. Besarnya ujian ibu bapa tadi..
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul....
Semoga ALLAH memudahkan urusan mereka... dan mengabulkan permintaan-permintaan mereka. Dan menjadikan mereka hamba-hambaNya yang sentiasa bersyukur...tabah dan redha.
a m i n .. . .
esok insyaAllah
operation theatre!

0 comments:
Post a Comment