Pages

Thursday, September 8, 2011

lambaian Akhir........


masa : Di kala orang bersolat Jumaat.

latar : nada-nada yang berkumandang sejak semalam



Entahlah...minggu yang panjang sedang berlalu... episod-episod yang berlalu. Biarlah apapun kesudahannya. Cuma sesuatu yang 'bagus' untuk minggu ini. Sy tidak langsung kisah dengan pelajaran. Otak sy tidak perlu bertungkus lumus untuk tutorial, fahami lecture dan sebagainya. Kerana secara semula jadinya ia gagal berfungsi untuk mencernakan segala ilmu yang berjalan di depan mata.

Semua perancangan adalah sepastinya tergendala. Semangat apa pun tidak ada. Bagus, bagi yang berhasrat untuk mengurangkan berat badan. Minggu ini adalah yang 'terbaik' yang bakal menjayakan jika punya misi sedemikian.

Oh, maaf sepatutnya sy sudah mengambil cuti dari komunikasi dengan sesiapa . Tapi memandangkan lena sy masih tidak berjaya lewat dinihari ini, dan kerana sy terfikir tentang sesuatu yang sy fikir sy mahu kongsikan dengan pendengar tanpa telinga sy ini. Maka mungkin ini tulisan terakhir sebelum sy proceed mengambil cuti. Ya, minggu tanpa perlu memikirkan pelajaran, maka sy dapat bersama dengan blog dengan luangan masa yang lebih baik. Kerana minggu ini sy bukan seorang pelajar perubatan. Mungkinkah juga minggu depan?

Alhamdulillah, tahniah kepada seorang teman serumah yang bakal menjadi tunangan dan insyaAllah yang seorang lagi akan menyusul kemudian. Sy gembira untuk keduanya. Tapi, maaf... mungkin sy tidak cukup gembira di mata kalian berdua minggu ini...

Semoga Allah memberkati dan melanjutkan ikatannya hingga terbina masjid yang indah.




Mungkin ada benarnya pada mimpi-mimpi yang bertandang pada minggu ini....


Bermimpi rambut putus dan rontok. Artinya, akan mengalami kesedihan atau kesusahan.

Bermimpi rambut digunting / dipotong orang.


Wallahua'lam. Moga impian anak kecil itu menjadi kenyataan.


Sekian, maaf zahir dan batin

dari yang tidak pernah sempurna

0 comments:

Post a Comment

 

Hari-Hari Medika ini ditulis semata-mata insyaALLAH untuk manfaat bersama Dicontengconteng oleh MazunaChan © 2010