"mahasiswi perubatan"
entah kenapa sy suka mendengar kalimah itu.
mungkin ia satu pepatah yang memberi kesedaran supaya yang menulis ini sedar diri
dan bersemangat untuk menuntut ilmu..
supaya sedar bahawa "perubatan" itu bukan sesuatu yang mudah
maka perlukan kesusahan itu menempuh jalan menuntut ilmu
maka seharusnya bersusah-susah, tak boleh mengharap jalannya tiada payah
susah itu cara,
setiap titisan keringat yang berganding dengannya dikira di sisiNya
jika benar niat kerana Allah
maka harus berusaha!
ingat senang nak mengubat orang ke? ia melibatkan makhluk yang mempunyai nilai hidup iaitu nyawa. hai diri insaflah...kalau tersilap cara mesin rosak, tak mengapa lagi.. kalau tersilap rawat orang.. Allah..
maka sy berbesar hati sekiranya anda selalu mengingatkan sy...
bahawa sy seorang muslimah yang memegang tanggungjawab -mahasiswi perubatan
Ya Allah, berilah kami kekuatan dan kesabaran.. .
dan pimpinlah kami melalui jalan-jalan yang Engkau redhai.. a m i n
syukran

0 comments:
Post a Comment