Pages

Tuesday, February 1, 2011

Post Hospital ^^


Hmm..cita-cita tak kesampaian. Berangan nak tulis hari-hari nota hospitalku di sini. TAPI dah abes 2minggu klinikal ni haa pun baru dapat nak tulis. Terasa beban pulak hutang banyak-banyak dengan blog ni. Huhuu. Apakan daya... tubuh tak berdaya.

Ok first and foremost, five star feedback untuk minggu hospital sy! hehee.. (sbb doctor ajar tuto, dan bagi balik awal.. especially =p) Hua3...walaupun clinical skill tak lah develop sangat sebab as the first group yang masuk hospital tanpa sempat workshop apa2.. itu agak menyedihkan untuk latihan physical examination kami -.-'

Tapi alhamdulillah, sy gembira dan sangat gembira dengan pengakhiran attachment sy dengan SVUH (St Vincent Uni Hospital) officially khamis minggu lepas. Hmm..dan lebih menarik tamat je sesi hospital yang mengkucar kacirkan kehidupan (hehee..sedikit), terus naik pentas dapat white coat baru! (walaupun sedikit terlebih panjang dan besar dan SANGAT labuh!)

Yup, best! Sebab tetamu-tetamu jemputan sy sudi hadir ke White Coat Ceremony UCD dan amat baik hati pula membawa sejambak bunga pink yang sangat sweet! Suka! Boleh bayangkan tak berapa ramai kawan-kawan yang lain jeles dan asyik nak pinjam bunga tu.hihi.. Terima kasih Allah =)

special thanks to leen & mimi ^^

Ok berbalik kepada Hospital Vincent, suka sy nak cerita suasana hospital di sana. Hmm..terasa nampak sangat bagaimana health care systems there work very efficiently. Doctors and nurses etc working in teams. Entahlah, tak taulah sy salah pemerhatian atau kurang pendedahan, tapi banyak kali sy terfikir kenapa sy tak pernah rasai suasana yang sama di hospital Malaysia? Hmm.tapi mungkin sebab sy hanya datang waktu melawat. Kan? Hhi.. looking forward to see what it's like to be in a Malaysia hosp.

Hhi.. antara yang sy suka sistem 'bleep bleep' yang ada. Setiap head staff especially all doctors perlu ada benda tu in which they will be contacted easily. You bleep the doctor (by typing certain no. on the phone available at the nurses station), then the doctor should call you back. That's how it work. Sy tak pasti mungkin sistem mudah ni ada juga di Malaysia. Cuma sy yang tak pernah perasan. Tapi, gembira juga jika ada. Haha..(walaupun as a doctor, a bleep means OMG...sape la yang bleep aku ni).

Dan yang lebih menarik, can you imagine there's a big church hall in the hospital? This is the very one thing I was very excited to observe during my attachment. Setiap kali lalu, suka sy tinjau kaca jernih yang dengan jelas menampakkan apa yang berlaku di dalamnya. Kadang-kadang kosong. Kadang-kadang ada juga dalam 6-10 orang pelawat menadah tangan bersama paderi mendoakan... But the thing that I really wanted to highlight here is.. nampakkan? Bagaimana orang bukan Islam itu boleh mengaitkan sakit dengan Tuhan. Sedangkan kita orang Islam sendiri acapkali lupa untuk mengaitkannya ia dengan Tuhan. Bahkan jarang sekali memandang sakit sebagai satu wadah dan peringatan untuk mengembalikan diri kepadaNya. hmm..

Wondering if our malaysia hospital too put a great concern like that.. mesti dalam hospital ada surau yang besar dan selesa. Ada orang bagi tazkirah mengimamkan solat.. baca doa pagi-pagi dengar satu hospital. Setiap kali masuk waktu solat, ada sistem tv yang akan paparkan. Hehehe.. sy rasa tidak terlalu ideal untuk sebuah negara yang mengaku Islam. Jika benar-benar ingin mempraktik agama Islam ^^

Sakit datang dari Tuhan, Tuhan juga menyembuhkan kan? :)



Ya Allah, Tuhan yang telah mengizinkan kami
menjadi pelajar perubatan

Jadikanlah kami doktor-doktor yang beriman dan bertaqwa kepadaMu
dan bermanfaat kepada umat Islam kelak

amin..

0 comments:

Post a Comment

 

Hari-Hari Medika ini ditulis semata-mata insyaALLAH untuk manfaat bersama Dicontengconteng oleh MazunaChan © 2010