Pages

Tuesday, March 29, 2011

2nd Week PGH


Alhamdulillah. Inilah barunya mendapat tutorial yang best. 1jam sekejap sahaja terasa. Kontradiksi kepada tutorial-tutorial yang sudah. Kefahaman tak dapat. Apa pun tak dapat. Yang ada kantuk yang tak tertahan-tahan menanti waktu segera berlalu. Itulah, Prof Kirwan memang sangat best! Semua suka pendekatannya. Tidak menyindir. Tidak memaksa. Lebih ilmu diberi berbanding bicara sinis. Oh, hampir tiada...

Hari yang panjang juga seperti hilang dengan pengakhiran sesi tutorial yang menarik.

"Intermittent Claudication"

Sakit kaki di bahagian betis bila berjalan, puncanya blockage pada salur darah yang semakin sempit dan mengeras akibat pengumpulan lipid-lipid di sepanjang dinding salur darah.

Pesakit juga akan selalu merasa sakit di bahagian kaki pada waktu malam. Untuk kondisi yang lebih teruk, kaki terasa sejuk jika disentuh. Kebiruan atau nampak pucat.

Lebih-lebih untuk mereka yang didiagnos dengan Diabetes. Awas, merokok juga menambah kebarangkalian anda untuk mendapat masalah ini.

hurm... hari ni Selasa.

Semalam, seorang kawan sy telah pengsan sebentar di wad. Berdiri terlalu lama mungkin. Hairan juga, bagaimana boleh terjadi.

Tapi, hari ini juga sy hampir-hampir sahaja melalui perkara yang sama. Entahlah. Tidak juga sy berdiri terlalu lama. Hurm. Tiba-tiba sahaja rasa semakin hilang kesedaran... Semakin hilang suara-suara di wad. seperti letih dan lesu amat. Sy pinjam kerusi pelawat. Terasa peluh memercik dingin sahaja. Pelik... Sy lihat tangan, memang sangat pucat. Tiada lagi merah-merah biasa. Pelik..entah kenapa.

Dua kali sy tumpang duduk selama beberapa minit...bila sy rasa sudah tidak mampu.

Entah mungkin benar dehydrasi. Benar tadi terasa sangat ingin teguk air atau hisap gula-gula. Tapi, mana nak ambil dalam wad.huhuh

Padanlah sejak pagi sudah terasa kelainan pada sistem tubuh. Jarang juga perut terasa memulas tak henti. Hurm

Tamat sahaja mendengar cerita Prof Kirwan di katil pesakit tadi, terus.. sy mengajak pulang. Tidak boleh fokus lagi, langsung tak dengar apa yang disebut Prof.


Sekarang, alhamdulillah... sakit nikmat. Ujian pun nikmat.. Ada hikmah untuk segalanya..

0 comments:

Post a Comment

 

Hari-Hari Medika ini ditulis semata-mata insyaALLAH untuk manfaat bersama Dicontengconteng oleh MazunaChan © 2010