Pages

Wednesday, March 30, 2011

Tunjukkanlah kami Jalan Yang Lurus...


Untuk berusaha pergi ke sebuah lecture, dalam suasana hujan, dengan kebasahan, mempertaruh nyawa di tengah jalan, dan menemui hasilnya iaitu lecture dibatalkan adalah suatu nikmat... jika aku pandai berfikir.

Sedangkan pesakit di wad, hanya jatuh motor sendiri, jatuh sebab anjing, jatuh berlanggar motor lain.. patah tangan, kaki, retak muka, hilang deria bau, patah tulang rangka, sampai tertusuk tulang bahu.... tak tahulah.. tak terfikir boleh seteruk demikian rupa.. Bersyukurlah, masih selamat walaupun terpaksa meredah hujan.

Tapi...

Untuk berusaha memperbaiki suatu keadaan, dalam sendiri luka, tapi tidak mendapat sambutan... bisa sahaja menawarkan hati sendiri untuk mencari jalan.

Cukuplah, aku juga sedar bahawa aku tidak begitu pandai menyusun kata-kata. Selalu sahaja menimbulkan perselisihan... walaupun itu bukanlah yang diniatkan. Malah tak pernah diharapkan. Tapi yang tak diundang itulah akan tetap berlaku. Yang tidak dimahukan itulah tetap datang. Pasti di dalamnya tetaplah ada kesalahanku. Memanglah, sendiri akuilah... Memang aku bukan insan pilihan yang selamat dari segala kelemahan dan kesalahan.

Tapi kalau hendak dihukum. Biarlah, aku akan belajar menerima. Apa sahaja kata-kata itu walaupun keras, sinis atau sindir... Tuhan ingin aku belajar untuk fahami dan menempuhnya sendiri. Walau sesakit manapun...

Sendiri cari sakit... sendiri tanggunglah. T T

Cukuplah, aku rasa aku terlalu banyak bercakap. Mungkin sebab itu datang segala kesalahan dan penyakit-penyakit yang menyakitkan. Mungkin juga perkongsian itu sekalipun dilihat sesuatu yang baik, aku harus belajar untuk menyimpannya sendiri. Kerana kadang-kadang perkongsian itu yang selalu menimbulkan suasana tidak aman dan harmoni sebegini.

Minta maaf salah silap. Kepada semua yang pernah berada di sisi sy. Kerana sy tahu, banyak sahaja yang telah sy lukakan... dan lakukan kesilapan. Terima kasih atas kehadiran anda semua dalam hidup sy. Yang amat sy hargai. Semoga Allah mendatangkan orang yang lebih kuat dan sabar... untuk berhadapan dengan diri yang banyak menduga ini. Semoga Allah membantu sy untuk menjadi manusia yang lebih baik daripada ini..

Agar teman-teman tidak lagi merasa teruji... setiap kali.

undur diri

1 comments:

SyAhmaN on March 30, 2011 at 3:25 AM said...

jemput dtg belog abg

Post a Comment

 

Hari-Hari Medika ini ditulis semata-mata insyaALLAH untuk manfaat bersama Dicontengconteng oleh MazunaChan © 2010