Dengan nama Allah
Hmm.. hari ni sebenarnya plan amat-amat nak study. TETAPI, otak tak boleh lah study dengan aman dengan keadaan yang sebegini. Huhu. Sarat segala benda dalam kepala, nak pos barang, kemas, barang macam banyak lagi, nak exam, tak study lagi, dan lain-lain. Pertama kali sy tidak begitu memikirkan bahawa hanya 2minggu lagi sy akan pulang selama-lamanya ke tanah air bumi tercinta! Come on, tak sampai 14hari sahaja lagi! Kalau tahun-tahun sudah setiap kali menunggu tarikh tiket tu sampai, adalah menghitung-hitung dan tidak tersabar menanti. Huhu.. tahun ni, yang sebenar-benar balik.. mungkin sebab ada exam yang belum settle, sy tidak boleh menikmati saat-saat ini. =(
Huhu. Sy fikir sy bukan seorang yang multi-tasking. So kena settle semua satu-satu, alhamdulillah kotak pos ke rumah dah diambil tadi. Sy sudah bayar secara online-banking. Yaa..sudah bayar duit gas rumah juga. Kurang sedikit lah sawang-sawang di kepala. Dan sekarang sedang mengemas buang nota-nota yang menyemak dekat atas meja tepi ni. Nak kasi lapang, biar lapang kepala sket..huhu.
Har, pastu kan terjumpa lah nota ni. Catatan usrah suatu masa dahulu. Sy tak mahu ia hilang. Jadi sy salin semula di sini. Maaf ya, sy tak letak huraian. Sy betul-betul nak simpan sahaja di sini. Buat masa sekarang. (kan sy busy?huhuh, ye ke)
Hari itu kami belajar tentang tafsiran surah al-Asr.
Surah al-Asr
memberi satu gambaran sistem hidup yang kalau tidak buat 4 benda ni, kita akan termasuk golongan yang rugi :
- Beriman
- Beramal soleh
- Berpesan kepada al-Haq (kebenaran)
- Menasihati dengan kesabaran
Iman adalah hubungan manusia yang (bersifat kerdil/terbatas) dengan Tuhan (yang kekal dan Maha Besar)
Iman adalah hubungan kita dengan alam - alam adalah temasya ALLAH (sebagai salah satu cara Allah menunjukkan dan memperlihatkan kebesaranNya), alam bukan sekadar alam - bukan sekadar untuk tontonan mata, dan penghias dunia. Lihatlah alam secara tersirat :)
Iman adalah hubungan dengan tenaga-tenaga alam.
Alam itu usianya panjang berbanding kita...
Alam sebagai pentazkirah yang besar
"Siapa yang mencari petunjuk, maka lihatlah alam"
ok, sehingga itu dulu ;)
nak balik...nak balik.
yeay! ^^

1 comments:
menarik...thnx 4 sharing..
Post a Comment