Pages

Friday, February 11, 2011

Cerita Lama =)


Tadi sy menyemak sebuah file kertas berwarna hijau, dengan niat hendak mengkitarsemula segala bahan-bahan yang tidak diperlukan. Kerana sy tahu sy tak mampu nak bawa pulang ke Malaysia kesemuanya! Kalau boleh ingin sangat bawa balik. huhu..

Oh, rupa-rupanya file tebal tersebut berisi segala nota-nota Jepun yang sy pelajari semasa Tahun Dua di sini. ^^ teringat memori-memori lama. Sesi pembelajaran Jepun yang sangat menggirangkan.

Helaian demi helaian, tiba-tiba terselit helaian yang ini. Banyak pula lakarannya. Berhenti sekejap, berfikir. Bilakah agaknya terhasil lakaran entah apa-apa ni? hua3. serius takde tema. kereta kebal, ultraman, putera katak? kucing. eh ini macam kucing yang duk atas meja sy dulu. hihi.


Serius. memalukan sahaja lakaran-lakaran ni. Tapi, tapi.. ada macam benda berharga tercatat di bawah sekali. Walaupun tulisannya amat buruk sekali. Sy rasa point-point itu dicatat di situ, kerana itu kertas tersebut masih tersimpan hingga hari ini. Jadi sebelum sy terpaksa membuang helaian tersebut, perlu rasanya untuk menyelamatkan ilmu tersebut~

Subhanallah, ini 8 syarat Taqwa. Diajarkan oleh seorang teman baik sy^^. Perkara-perkara yang kita wajib miliki untuk mencapai taqwa. masyaAllah, tanpa salah satunya, tak mungkin sebenar-benar taqwa dapat dicapai. Jom lihat...

  1. Hidayah (pertama-tama yang perlu ada adalah hidayah dari Allah. tanpa hidayah (petunjuk) dari Allah, mustahil kita boleh mengikut jalan untuk mencapai taqwa tersebut. Sebab itu, harus mohon sentiasa semoga Allah sudi memberi cahaya petunjuknya, agar terangkat segala hijab yang menutup mata hati kita selama ini.. Allah..
  2. Ilmu (harus ada ilmu.. maka menuntutlah.. carilah di majlis-majlis ilmu, biar ilmu yang benar, berkah dan ikhlas)
  3. Yakin (setelah itu, kita harus yakin dengan ilmu tersebut. Yakin, bukan sekadar percaya. Anda tentu rasa ia berbeza)
  4. Amal (kemudian, haruslah beramal dengan ilmu tersebut. Ilmu tanpa amal = sia-sia huhu)
  5. Istiqamah (ini yang susah juga untuk dibuat. Huhu.. selepas beramal. hendaklah kita berterusan dengan amal tersebut. Bukan hanya sehari dua..huu)
  6. Mujahadah (ya, harus berjihad melawan al-hawa' dan kejahatan nafsu dan bisikan-bisikan syaitan laknatullah.. Ini bukan perkara mudah.. T.T)
  7. Mursyid (Dan dalam kita meniti jalan-jalan ini, bukanlah kita boleh menitinya berseorangan. Sebaliknya, kita perlukan seorang mursyid untuk memimpin kita. Takkan kita mampu tanpa pimpinan dari orang yang layak. Hendaklah manusia yang menjadi pemimpin kita itu orang yang benar-benar layak, dan memenuhi syarat-syarat untuk digelar mursyid. Bukan sembarangan guru..)
  8. Doa (apa jua keadaan kita, doa tidak boleh ditinggalkan, tanda bergantung harapnya kita selaku hamba yang lemah kepada Pencipta Yang Maha Kuasa... kalau kita tidak berdoa dan memohon dariNya, bukankah itu bermakna kita ini perasan hebat, dan merasa selamat? Bagaimana orang-orang seperti ini hendak mencapai taqwa?)

Ok, di atas cuma huraian sy. Apa yang sy faham. Huhu. mohon betulkan mana yang salah dan kurang. Amzb.. mohon doakan juga agar sy bisa menempuh syarat-syarat tersebut. Huhu. Semoga cita-cita mengejar taqwa itu ada tersemat dalam hati ini..



Selak-selak lagi, terjumpa pula nota-nota 'cantik' ini. Huhuu.. sukanya belajar Jepun. Tapi dah lupa. Walaupun telah satu semester belajar Chinese, Japanese tetap di hati kami bekas ex-japanese student. Sampai tersasul-sasul cakap Jepun dalam kelas bahasa cina. Teringin sangatlah nak bawa nota ini pulang. Kalau tidak, tanpa apa2.. terasa setahun sy belajar itu sia-sia sahaja. Huuu.. nak jugak bawak balik! =(


Ini final essay sy, antara yang sempat sensei ajar. Sebuah karangan tentang "My Best Friend".
"Ichiban nakani ii Tomodachi desu!"

wahaaa.. rindu nak belajar japanese lagi. Walaupun tahu diri tidak pakar dan tidak fasih. huhu


ok doc
i said enough
u better read Tally O Connor
T_T

1 comments:

Anonymous said...

sila tulis lg..sy sgt suka membacanya..
\(^^)/

Post a Comment

 

Hari-Hari Medika ini ditulis semata-mata insyaALLAH untuk manfaat bersama Dicontengconteng oleh MazunaChan © 2010