Kadang-kadang. seronok menulis ada tarikh di atas ni
hehee. sebab macam mencatit hari-hari hidupku. macam diari kan?
Hari ini bufday my housemate aka my usrahmate, Suri! Selamat hari lahir untuk beliau ^^. Semoga pertambahan angka usia seiring pertambahan iman dan amal, taqwa dan redhaNya. amin
Hmm. ikutkan, banyak sangat sy ketinggalan untuk mencatat di sini. Dari usrah minggu lepas, berangan nak berkongsi... tapi tak tertulis sampailah berlalu usrah minggu ni. Har, bila usrah minggu baru mestilah benda lain pulak kan yang nak dikongsi. Banyakkkkkkkknya nak kongsi! Tapi tak pandailah nak tulis semua sekali. Banyak sangat tu. huhu.
Tapi sy rasa bersyukuuuuuuuuur sangat sebab sy ada usrah di sini. Subhanallah. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Tak tahu nak describe macam mana, tapi setiap kali berlalu satu usrah, sy rasa berterima kasih sangat dengan Tuhan kerana mentakdirkan sy untuk hadir ke usrah tersebut. Walaupun kadang-kadang kita pergi dengan hati yang kurang gembira, insyaAllah akan pulang dengan hati yang gembira. Hati yang kosong insyaAllah akan menerima pengisian. Orang-orang yang kita jumpa, insyaAllah setiap satunya sangat mengajar sesuatu kepada kita. Kalau bukanpun pada katanya, perilaku atau akhlaknya menjadi suatu nasihat dan pendorong untuk kita. Tak terkira banyaknya kebaikan yang kita dapat. Ilmu, nasihat, pandangan dan pengajaran... benarlah, majlis ilmu Allah itu berkah. Subhanallah..
Sebab itu terasa berkobar juga nak share apa yang kita dapat. Kalau boleh nak buat catatan setiap usrah, walaupun tahu takkan tercatat segala nilainya. Tapi, kerana kelemahan pengurusan masa sy, minta maaf...huu
Ok.. nanti lain kali sy cuba untuk update setiap kali ya. Tapi sy cuma tinggal beberapa hari sahaja di bumi asing ini. Mungkin tinggal satu atau dua sesi usrah sahaja lagi sebelum kami terbang dan kembali bermastautin di bumi Malaysia. Mungkinkah akan berterusan usrah sebegini? Ya Allah, sy tahu sy akan rindu.. ingatkanlah diri ini akan setiap saat-saat ini. Agar hati ini akan sentiasa merindui majlis ilmuMu. Agar kuat mujahadahku untuk menghadiri lagi taman-taman syurgaMu...
tak tau nak cerita macam mana dah,
mungkin lain kali, dekat page satu lagi.. hee
“Aku melihat Allah telah menyiratkan dan memberikan cahaya di hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat.” (kata-kata ini diucapkan Imam Malik tatkala Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi’i yang luar biasa...)

astaghfirullahalazeim...
sy mohon ampun ya Allah T T

0 comments:
Post a Comment